
Ini baru namanya minum petang yang Perfect
Jom belajar buat especially untuk golongan yang suka sangat makan cheese
Roti Grilled Cheese

Bahan-Bahan
- 2 keping Roti Sandwich (tak kisah jenama apa pun)
- 2 keping Keju
- 2 sudu besar mentega atau Butter
- Sedikit Garam
Step 1 : Cairkan Mentega
Cairkan 1/3 mentega anda dalam non-stick pan atau kuali biasa pun boleh. Terpulang. Di sini saya nak ingatkan kita cuma cairkan butter itu sahaja bukan sehingga ia keperangan.

Step 2 : Bakar Roti
Tekapkan kedua roti tadi ke dalam Non-Stick Pan anda dan gerakkan ia keseluruhan pan supaya kedua bahagian Roti masak dengan sekata (moving it around the pan with your fingers so it cooks evenly. Jangan malas!) dan masak Roti itu sehingga ia sedikit coklat keperang-perangan (rujuk gambar di bawah).

Step 3 : Letakkan Cheese
Tambahkan keju anda di atas roti, di bahagian yang telah dibakar tadi.

Step 4 : Cantumkan Kedua-kedua Bahagian Roti
Ini adalah cara yang betul untuk masak Roti bersama Keju ye.

Step 5 : Api Sederhana Perlahan
Sekarang anda boleh gunakan 1/3 Butter yang ada dan cairkan ia pada pan dan sila gunakan api yang sederhana perlahan (abaikan dapur yang berhabuk comel itu)

Step 6 : Masak dengan Perlahan
Untuk bahagian ini Roti harus dimasak secara perlahan pada kedua-dua bahagian untuk pastikan Roti tidak hangit dan warna Roti cantik pada setiap bahagian. Jadi jangan lupa gerakkan ia pada keseluruhan pan

Step 7 : Ketepikan Roti
Apabila warna roti sudah nicely golden brown ketepikan Roti yang dimasak tadi. Sekarang anda boleh gunakan baki Butter yang ada dan cairkan ia pada pan. Gunakan api yang sederhana perlahan

Step 8 : Perasakan
Letak semula Roti tadi ke dalam pan dan perasakan setiap bahagian Roti tadi dengan garam atau perasa lain tapi skip step ni kalau anda menggunakan salt butter.

Step 9 : Siap Dihidangkan
Hias dan boleh dihidangkan. Kalau nak boleh juga letakkan Chicken Ham



0 orang comel:
Post a Comment