"Orang rumah kerja apa?"
"Orang rumah kau tak kerja ke?"
"Isteri kau tak kerja ke??"
Dan pelbagai lagi soalan yang akan ditanya seperti soal anak, bla bla bla...
Tipu la kalau aku tak terasa kalau orang luar tanya soalan seolah-olah merendahkan kerjaya yang aku pilih sekarang "FULL-TIME HOUSEWIFE" dan tipu jugakla kalau aku tak terasa kalau diorang bertanya fasal aku tak bekerja dan TAKDE ANAK (lagi)...
Bawak bertenang makcik-makcik, pakcik-pakcik. Sebenarnya soal anak tu bukan saya yang tentukan itu Allah punya kerja. Dan keputusan saya menjadi Suri Rumah ni bukan-lah kerana saya egois dengan membiarkan suami saya bekerja seorang diri tanpa rasa bersalah. Bawak bertenang...

Saya masih waras, sebab itu saya tidak banyak demand macam isteri lain yang bekerja tetapi membelanjakan wang suami sewenang-wenangnya. Bukan.. Bukan. Saya bukan macam tu tetapi perkara sebaliknya...
Saya banyak menguruskan urusan kewangan suami saya dari segi perbelanjaan agar kami tidak terlalu boros dan agar kami masih mempunyai wang simpanan yang cukup sehingga hujung bulan dan supaya suami juga mempunyai simpanannya sendiri dan suami juga masih ada ibubapa dan setakat ini tak pernah sekalipun suami saya miss bagi Mak nya duit tau...
Dan keputusan ini dibuat bersama dengan suami sebelum kami secara rasmi menjadi suami isteri lagi.
Nak jadi wife but in the same time have your own career... Bukan senang...
Sedangkan jadi Suri Rumah sepenuh masa ni pun belum tentu dapat Isteri Solehah apatah lagi bekerjaya kan? Tapi saya tak maksudkan isteri yang bekerja tak bagus. Maksud saya diri saya sendiri yang kekurangan ini.
Kerja dan ada duit nak belanja sendiri tapi tak berapa pasti mampu atau tidak dalam masa yang sama buat kerja rumah........ atau pun duduk di rumah, buat kerja rumah, jaga anak-anak dan sambut suami bila dia balik kerja.
Namun apakan daya kita merancang, berangan-angan tapi Allah belum makbulkan.. Saya ingat lepas kahwin dapat anak dan sebagainya tapi bila usia perkahwinan kami dah setahun lebih pun tapi kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Bukan senang....
Untuk pengetahuan, suami saya mempunyai masalah dengan jantung sejak beliau lahir. Dan bukanlah saya bercerita di sini kerana nak tunjuk saya ni bagus dan sebagainya, tapi sebelum bernikah lagi saya dan suami terutamanya telah diuuji dengan ujian di mana suami ulang alik ke Hospital kerana kesihatannya kurang menentu. Ketika menjaga beliau di Hospital masa tu saya dah berjanji dengan diri saya sendiri saya akan cuba menjaga dia dengan sebaik-baiknya...
Bukan senang tau, kau penat-penat masak dari pagi mengharapkan suami tercinta balik makan tapi dapat telefon dari Suami mengatakan dia kena tahan wad disebabkan masalah jantungnya.
Sungguh bukan senang. Terpaksa berkejar dari rumah siapkan hal rumah terus pergi ke Hospital, lepas tu malam kau tidur atas kerusi berhari-hari.
Kalau-lah saya masih berkeras hati nak bekerja Boss mana yang dapat memahami perasaan saya sebagai isteri yang ingin berada di samping suaminya ketika beliau sakit? Boss mana yang sanggup memberi saya cuti berhari-hari tanpa mempunyai MC dan hanya berbekalkan alasan "Suami Sakit"...
Dari saya menyakitkan hati pihak majikan adalah lebih baik saya ambil keputusan menjadi Suri Rumah sepenuh masa. Saya tahu keputusan saya ini mungkin dipandang rendah oleh sesetengah orang di dalam masyarakat dan saya juga tahu saudara-mara saya juga tidak terkecuali memandang rendah pada saya.
Tapi..................
Saya punya sebab tersendiri. Biarlah mereka nak kata apa. Mulut orang buat macam mana pun tak boleh nak ditutup sekalipun saya bekerjaya tak mustahil mereka masih mengata saya.
Apa yang penting sekarang ni saya dah tanam dalam hati saya untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami saya. Walaupun title Solehah tu masih jauh lagi buat saya, tapi biarkanlah buat masa ini saya cuba at least saya cuba menjadi yang terbaik buat beliau.
Senang hati saya tengahari takdela beliau kena keluar duit makan kat kedai, takdela pagi-pagi saya kelam kabut masakkan sarapan sekali dengan masak tengahari. Sekurang-kurangnya biarlah suami makan makanan dan lauk yang masih panas masa tengahari. Balik rumah Isteri yang sambut. Paling kurang dia tahu saya baik-baik duduk di rumah menjaga kehormatan dan harta bendanya.
Paling kurang biarlah saya terhindar dari mengumpat semasa bekerja, paling kurang saya takde dosa tidak menunaikan amanah yang diberi semasa bekerja, tidak bodek, tidak melaram di tempat kerja. Insya-Allah mungkin tempat saya di mata masyarakat mungkin yang paling rendah tapi saya cuba fokus nak jadi Isteri yang Solehah buat suami saya Muhamat Fatra sebab saya tahu dunia hanya sementara tapi akhirat kekal selamanya.
Insya Allah, semoga dengan niat saya nak jaga suami Allah akan cukupkan rezeki kami dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Allahumma Aminn.
.jpg)


0 orang comel:
Post a Comment