Sunday, May 28, 2017

PERBEZAAN BUKU ORANG DENGAN BUKU AKU!



Ni komik GS Mikami yang aku beli tempoh hari.

Masuk minggu ni dah 2 bulan lebih aku mulakan kembali hobi yang dah lama aku tinggalkan dulu.

MENGUMPUL KOMIK.

Ye! Aku pembaca buku komik yang tegar walau ada komik online dengan kartun berlambak boleh tengok kat Youtube tu haa, tapi serius aku cakap feeling baca komik yang ko pegang kat tangan tu memang lain.

Tapi ini bukan pasal tu. Aku bukak thread ni khas sebab nak bagitahu betapa kecewanya aku dengen sesetengah perangai penjual komik yang sememangnya hanya fikir nak kaut untung sahaja semata-mata.

Aku sedar sekarang ni memang susah nak cari buku komik lama-lama macam Doraemon, Pakar Judo, Sailormoon dan seangkatan dengannya sebabkan kilang dah gulung tikar. Jadi dalam dunia komik terutama pengumpul komik macam aku, komik second hand atau tak kisah la dah berapa hand pun kan, komik tu semua adalah sangat berharga terutamanya bila kau dapat lengkapkan koleksi yang sebelum ni kau tak dapat lengkapkan atas sebab-sebab tertentu. Sama ada kekangan masa, wang mahu pun kerana tak dapat cari kat kedai sebab buku komik tu jual kat tempat-tempat tertentu sahaja.

Then beberapa bulan lepas aku ada berkenalan dengan seseorang ni dan nak dipendekkan cerita dia perkenalkan aku dengan satu group di Facebook yang membolehkan seseorang menjual komik yang mereka ada atau berkongsi apa sahaja lah mengenai komik. (Huhu lepas kenal dengan group ni dah nak kat RM1000.00 duit aku habis woo. Baru 2 bulan tu kalau setahun? Huhuhu haruuuu habis  duit poket aku)

Kat situ ada komik yang cantik lagi sebab penjual nya memang pengumpul komik dan jaga buku, ada yang NOS bau kedai lagi tapi lepas ambik upah beli ya allah menggigil nak bayar, ada yang penat dan malas nak hunting kemuadia jual, tak kurang jugak yang jual komik yang dah rosak tahap gaban tapi harga boleh beli Lamborghini sebijik (okay ini tipu) tapi sememangnya harga memang gile mahal punya. Kadang-kadang nak beli pun tengok kondisi pun fikir 1000 kali. Ada yang 1 majalah boleh cecah dekat RM500. Gila tak gila kan?!

Nak dipendekkan lagi cerita aku ada beli dari sorang mamat dalam group tu. Sebab aku dah lama duk mencari komik GS Mikami ni. Memandangkan komik ni dah diberhentikan pengeluarannya sebab kilang gulung tikar. Jadilah komik ni barangan rare. Aku pulak berhenti dekat VOL.8. Itu pun dapat beli masa jualan komik terpakai di Seremban 4 tahun lepas.

Memang ramai jual, tapi mahal satu hal. Lagi satu jual 1 set bukan jual satu-satu. Tengok kondisi mereka yang jual per set ni memang cantik dan mantap. Nak jadikan cerita dok scroll jumpa sorang mamat ni tengah lelong buku komik die. Jual loose. Apa lagi aku tengok GS Mikami ada aku lock la. Lepas PM dia tanya pasal kondisi komik. Die cakap okay la kan. Ada sedikit ketidakjujuran bila beritahu aku kondisi komik tu. Tu pasal aku sedikit kecewa bila dapat komiknya. Macam hampeh

Aku tak kisah kau cakap betul-betul pasal komik tu. Janji kau jujur kan. Ini aku bayar mahal kot. Satu buku tu RM8. Dua kali ganda lagi mahal dari harga asal. Dah la buruk jual mahal pulak. Mahu aku tak marah! Paling kurang jujur ye!! Berniaga kat mana-mana pun. Tak kisah la apa jenis barangannya pun. JUJUR! Duit tu kalau nak berkat kau jujur. Kalau pembeli rasa teraniaya. Kau fikir jelah, berkat ke tidak duit jualan/niaga kau tu!

Koleksi Sendiri aku jaga dengan penuh kasih sayang. Tanpa plastik pun masih cantik macam baru. Cuma bau kedai je takde. Ni aku beli dari penjual ni. Plastik je ade tapi penjagaan macam hampeh.
korang nilaikan jela sendiri. Mane 1 komik aku ke komik yang aku beli lagi elok? Aku malas nak marah-marah ni tapi tengok la cara orang layan aku macam mana?


Serius aku nak tahu. Dia ni betul peminat komik ke? Jaga buku macam tak jaga je! Jual punya la mahal weh!! Aku punya sayang la komik aku. Sampai beli almari khas. Tapi tengok gaya die ni macam buku main campak-campak je. Hm

Bersih tanpa noda aku punya buku. Punya jage sampai nak bukak muka surat pun ketat lagi.
yang ini buku aku beli tu. Nampak tak betapa 'bagu' nya cara die jage. Baru bukak cover sudah terkangkang jauh bukunye. Belah dalam tak payah cerita la buruk gile macam korang tengok. Huh!

Sunday, May 14, 2017

IKLAN vs REALITI

Inilah hakikat IKLAN dengan REALITI





jauh panggang dari api
macam langit dengan bumi

So kalau setakat nak merasa boleh le

nak makan selalu

non hadoooo

baik la kau buat sendiri lagi ada UNTUNGGGGGGGGG


Zinger Slider

Roti aku syak dia bagi Roti semalam rasanya. Keras kemain. Masa gigit tu pun dah tahu itu bukan roti 'fresh' yang keluar dari oven. Sedap lagi aku rasa Roti kat Set dinner plate. Roti tu lembut lagi.

Baik lagi aku beli Roti John kat kedai tu lepas tu masak sendiri. Huh. Saiz tak payah cerita la. Kecik kemain. Salad langsung takde. Sos segan-segan je dia bagi. Kedekut.  Dalam iklan kemain. Harga memang la RM3.90.

Tapi hakikatnya Roti John kat pasar malam kau beli lagi bagus. Rating 1/10 



Packaging dah comel. Agak-agak saiz tapak tangan orang besar la rupenye. Yang tak sedapnya.... Bila kau bukak 



Masya Allah Roti nya lagi kecik dari kotak. Apakah???? 



Bila bukak tengok isi die lagi sedih. 



Shoyuken Rice Bowl




Rasa not bad tapi presentation memang hampeh. Nasi adela tak sampai 1/2 bowl bagi itu pun sos dah dekat nak habis baru jumpa. Ingatkan takde sos rupanya ada. Timun dengan tomato adela sikit, boleh bilang sama jari kau je. Takdela macam iklan tunjuk macam nak melimpah kan. Rating 3/10



Awal bukak je ayam ade le buat hati berbunga tapi tetap tak puas hati sebab nampak mayonis je nampak. Sos (ala-ala teriyaki) mane? Timun? Tomato? Mana? Mana? 



Godek sambil makan baru le nampak sos nye kat bawah. Dah nak kat habis makan pun. Kecewa! Aku kecewaaaaaaa 


Sos memang bapak manis. Tak sesuai bila kau dah melantak nasi kat separuh sos nye baru kau jumpe. Memang tak patut. Nasib ada Sup aku buat sekali makan dengan Nasi ni takdela rasa pening telan sos yang memang manis giler ni. Serious talk aku kecewa dengan KFC.

Sekian
 

Saya Isteri Fatra Template by Ipietoon Cute Blog Design