Wednesday, December 23, 2015

Resepi Bihun Goreng Ketumbar


Bahan-Bahan : 

✿ Tomato Sebiji (dibelah empat)*
✿ Daun Ketumbar dalam 3-4 tangkai (hiris kasar)*
✿ Ikan Bilis sejemput (dikopek)*
✿ Cili Hijau 2 biji (dipotong kasar)*
✿ Cili Kering 3 biji (direndam dengan air panas)*

✿ Bihun (direndam 2-3 jam lebih awal)
✿ Bawang besar (dipotong dadu)
✿ Telur 2 biji (scrambled eggs, step aside) -optional
✿ Daging/Ayam sedikit sahaja (digoreng sebentar) -optional
✿ Udang sedikit sahaja (digoreng sebentar) -optional
✿ Daun Ketumbar 3-4 tangkai (hiris halus)
✿ Cili Merah sebiji (dibuang biji & dihiris halus untuk hiasan) -optional
Bahan bertanda * dikisar halus

Cara Memasak :

✿ Tumiskan bawang besar dahulu sehingga layu kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi.Tumiskan ia sehingga naik bau.
✿ Selepas itu, masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan bahan perasa lain ke dalam dan kacau sehingga sebati.
✿ Kemudian, masukkan bahan-bahan seperti udang, ayam/daging ke dalam bahan tumis.
✿ Selepas itu masukkan bihun. Masukkan air sedikit supaya bihun menjadi lebih lembut. 
✿ Masukkan pula sayur-sayuran sawi atau karot atau apa-apa sahaja. Ikut kesukaan anda.
✿ Selepas itu boleh dihidangkan


Wednesday, May 27, 2015

Tuesday, May 26, 2015

Cara Otai Tanak Nasi (Legend)

Dulu sebelum kahwin setiap kali nak tanak nasi je mesti kena tanya mak air untuk satu pot berapa dan sekian sekian.. (okayyy saya anak dara kurang pandai memasak, okayyyy) Hahahaha..

Lepas dah bersuami, lupa pulak tak menuntut habis lagi ilmu dengan mak. Aduhai nasib suami ajarkan cara macam ni untuk masak. Maknya yang mengajar cara ni, dan ini orang otai dulu sukat air nak masak nasi ghope gini le..

Nasib suami sangat memahami.. dan inilah caranya ye anak-anak... Caranya ini sangat berkesan, dan kalau ikut cara ini Insya-Allah nasi cantik sebutir-sebutir gituu.. Ahakss kadang ada terlepas jugak ada kejap nasi lembik la keras sangat la kan, tapi itu caranya kita BELAJAR..

Tuesday, May 19, 2015

Belanja Char Kuey Teow

Zauj belikan lagi petang ni Char Kuey Teow Terbaik Kuala Pilah #Alhamdulillah

Kali ni belanja gambar yang ada Cili Jeruk terbaik diorang

 



Sayanggggg En.suami banyak-banyak-banyak muacksss

     5/5

Monday, May 18, 2015

The Best Char Kuey Teow In Kuala Pilah

Fuhhh ayat pun dah buat air liur den menitik-nitik..

Sedap.. Tak terkata..
Serius kalau korang pergi ke Kuala Pilah tak payah cari tempat lain. Buang masa je, sebab semua boleh dimasukkan dalam kategori rasa yang so-so aje dan kebanyakan lebih pada Kuey Teow letak air semate. Damn. (Saya dengan En.Suami memang pantang betul kalau orang meniaga ni kalau tak pandai masak tapi cakap pandai masak, bila dapat hasil macam hampehness)

Nak tahu kat mana. Kena-lah tanya secara personal hokeyy. Hint kedai ni dia takde kedai atau restoran, abang ni memang bukak khemah semata-mata. Lebih kepada perniagaan family.

Nak dijadikan cerita tiga hari weh aku dengan suami kempunan nak makan Char Kuey Teow ni. Sebab sekarang kan musim hujan petang-petang apa lagi perut pun bergetar-getar la nak kan makanan panas-panas. Saya nak masak tapi bahan asyik takde je kat dapur kan, jadi malas mintak beli jela. Hihihi.

Dari hari ke hari mencari tuan punya kedai ni. Pergi je mesti tak meniaga. Huh kasihan betul kami ni. Dan disebabkan kedua-duanya dah kemaruk nak sangat makan CKT ni, jadi kami ingat cuba le cari kat tempat lain. Kot-kot sedap yarabbbi macam CKT yang kami suka ni kan.

Dan akhirnya hampa satu juta kali hampa. Hampehness, memang tak sedap. Memang dua hari kami pergi ke dua kedai yang ada CKT ni memang LANGSUNG tak kena dengan tekak kami. Sampai saya dan suami dah sebulat suara mengatakan kalau nak cari CKT, tempat abang tu jugak yang sedap.

Semalam, Isnin 18hb Suami balik tengahari nak makan kan. Buka je pintu dengan muka riangnya,

"Sayang tahu tak apa b nampak tadi?" 
"Apa b?" 
"Orang CKT tu meniaga hari ni. Insya Allah ada rezeki petang ni dapat la sayang makan CKT yang sayang suka sangat tu" 

Fuhh dengar je suami kate gitu terus air liur tertelan dan terbayang-bayang kerang dengan udang CKT orang tu. Fuhh campur dengan cili jeruk lagi. Weh! Ini memang serius sedap ni sampai boleh terbayang rasanya lagi. Hahahaha.

Dan akhirnya saat-saat yang ditunggu setelah 3 hari 2 malam mencari CKT dengan rasa penuh kesyukuran akhirnya suami dapat jugak belikan Char Kuey Teow Terbaik ni walaupun dalam cuaca yang hujan renyai-renyai gitu..

Tengok gambar pun dah buat air liur menitik-nitik. Haihhhh



Oh ya... Disebabkan masa ni terlampau lapar, perut dah bergendang habis tangkap gambar satu ni je. Sampai saya lupa satu lagi nak snap gambar paling penting yang buatkan Char Kuey Teow ni memang mabeles habis is Cili Jeruk mereka. Seriously sedap. Siapa yang tak suka makan Cili Jeruk macam saya pun boleh makan. Sedap!!!

     5/5

Thursday, May 14, 2015

Full Time Housewife

Sebenarnya kalau cakap je kat orang luar bila nampak kita sudah berpasangan dan masih muda, sudah pastinya akan timbul soalan seperti ni daripada makcik, pakcik, teman, jiran dan sebagainya..

"Orang rumah kerja apa?"
"Orang rumah kau tak kerja ke?"
"Isteri kau tak kerja ke??"


Dan pelbagai lagi soalan yang akan ditanya seperti soal anak, bla bla bla...

Tipu la kalau aku tak terasa kalau orang luar tanya soalan seolah-olah merendahkan kerjaya yang aku pilih sekarang "FULL-TIME HOUSEWIFE" dan tipu jugakla kalau aku tak terasa kalau diorang bertanya fasal aku tak bekerja dan TAKDE ANAK (lagi)...

Bawak bertenang makcik-makcik, pakcik-pakcik. Sebenarnya soal anak tu bukan saya yang tentukan itu Allah punya kerja. Dan keputusan saya menjadi Suri Rumah ni bukan-lah kerana saya egois dengan membiarkan suami saya bekerja seorang diri tanpa rasa bersalah. Bawak bertenang...


Saya masih waras, sebab itu saya tidak banyak demand macam isteri lain yang bekerja tetapi membelanjakan wang suami sewenang-wenangnya. Bukan.. Bukan. Saya bukan macam tu tetapi perkara sebaliknya...

Saya banyak menguruskan urusan kewangan suami saya dari segi perbelanjaan agar kami tidak terlalu boros dan agar kami masih mempunyai wang simpanan yang cukup sehingga hujung bulan dan supaya suami juga mempunyai simpanannya sendiri dan suami juga masih ada ibubapa dan setakat ini tak pernah sekalipun suami saya miss bagi Mak nya duit tau...

Dan keputusan ini dibuat bersama dengan suami sebelum kami secara rasmi menjadi suami isteri lagi.

Nak jadi wife but in the same time have your own career... Bukan senang...
Sedangkan jadi Suri Rumah sepenuh masa ni pun belum tentu dapat Isteri Solehah apatah lagi bekerjaya kan? Tapi saya tak maksudkan isteri yang bekerja tak bagus. Maksud saya diri saya sendiri yang kekurangan ini.

Kerja dan ada duit nak belanja sendiri tapi tak berapa pasti mampu atau tidak dalam masa yang sama buat kerja rumah........ atau pun duduk di rumah, buat kerja rumah, jaga anak-anak dan sambut suami bila dia balik kerja. 

Namun apakan daya kita merancang, berangan-angan tapi Allah belum makbulkan.. Saya ingat lepas kahwin dapat anak dan sebagainya tapi bila usia perkahwinan kami dah setahun lebih pun tapi kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Bukan senang....

Untuk pengetahuan, suami saya mempunyai masalah dengan jantung sejak beliau lahir. Dan bukanlah saya bercerita di sini kerana nak tunjuk saya ni bagus dan sebagainya, tapi sebelum bernikah lagi saya dan suami terutamanya telah diuuji dengan ujian di mana suami ulang alik ke Hospital kerana kesihatannya kurang menentu. Ketika menjaga beliau di Hospital masa tu saya dah berjanji dengan diri saya sendiri saya akan cuba menjaga dia dengan sebaik-baiknya...

Bukan senang tau, kau penat-penat masak dari pagi mengharapkan suami tercinta balik makan tapi dapat telefon dari Suami mengatakan dia kena tahan wad disebabkan masalah jantungnya.
Sungguh bukan senang. Terpaksa berkejar dari rumah siapkan hal rumah terus pergi ke Hospital, lepas tu malam kau tidur atas kerusi berhari-hari.

Kalau-lah saya masih berkeras hati nak bekerja Boss mana yang dapat memahami perasaan saya sebagai isteri yang ingin berada di samping suaminya ketika beliau sakit? Boss mana yang sanggup memberi saya cuti berhari-hari tanpa mempunyai MC dan hanya berbekalkan alasan "Suami Sakit"...

Dari saya menyakitkan hati pihak majikan adalah lebih baik saya ambil keputusan menjadi Suri Rumah sepenuh masa. Saya tahu keputusan saya ini mungkin dipandang rendah oleh sesetengah orang di dalam masyarakat dan saya juga tahu saudara-mara saya juga tidak terkecuali memandang rendah pada saya.

Tapi..................

Saya punya sebab tersendiri. Biarlah mereka nak kata apa. Mulut orang buat macam mana pun tak boleh nak ditutup sekalipun saya bekerjaya tak mustahil mereka masih mengata saya.

Apa yang penting sekarang ni saya dah tanam dalam hati saya untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami saya. Walaupun title Solehah tu masih jauh lagi buat saya, tapi biarkanlah buat masa ini saya cuba at least saya cuba menjadi yang terbaik buat beliau.

Senang hati saya tengahari takdela beliau kena keluar duit makan kat kedai, takdela pagi-pagi saya kelam kabut masakkan sarapan sekali dengan masak tengahari. Sekurang-kurangnya biarlah suami makan makanan dan lauk yang masih panas masa tengahari. Balik rumah Isteri yang sambut. Paling kurang dia tahu saya baik-baik duduk di rumah menjaga kehormatan dan harta bendanya.

Paling kurang biarlah saya terhindar dari mengumpat semasa bekerja, paling kurang saya takde dosa tidak menunaikan amanah yang diberi semasa bekerja, tidak bodek, tidak melaram di tempat kerja. Insya-Allah mungkin tempat saya di mata masyarakat mungkin yang paling rendah tapi saya cuba fokus nak jadi Isteri yang Solehah buat suami saya Muhamat Fatra sebab saya tahu dunia hanya sementara tapi akhirat kekal selamanya.

Insya Allah, semoga dengan niat saya nak jaga suami Allah akan cukupkan rezeki kami dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Allahumma Aminn.


Tuesday, May 12, 2015

TNB Membencikan!!

TNB punya service suck!! (Rujuk Gambar di bawah)



Bulan lepas kami  perlu bayar RM2.60. Bulan ni kami perlu bayar tunggakan bil bulan lepas RM30.95 dan bila tambah dengan bulan ni punya jadi

RM67.80

Terkejut beruk aku bila tengok bil yang banyak ni. Huh.... maksudnya bulan lepas sebenarnya kami kena bayar Harga penuh la kan?

So aku decide telefon TNB sebab tidak puas hati kenapa pulak ada tunggakan. Sedangkan bulan lepas kami bayar dah harga yang perlu dibayar tu.

"Kami dah bayar bulan lepas dengan harga yang disebut dalam Bil RM2.60 jadi kenapa kami ada tunggakan lagi?"
"Oh, kalau itu pihak kami bulan lepas mengalami kesilapan teknikal.. Jadi itu jumlah yang Puan perlu bayar selepas ditolak dengan RM2.60 tu" "Ada apa-apa lagi soalan....?"
"Hmm.. takde.." muka kelat tahan marah

Damn seriously bitch? Is that all that you can say? No apologize at all? 
Yang paling tak tahan tu, kami di kenakan Surcaj Lewat Bayar 0.01 sen
Korang punya kesilapan teknikal kami yang kena caj? The f*ck man.......................

Aku haramkan setiap sen dan ketidakadilan dengan sistem ni dan lepas ni kami tak akan percaya kalau bil bayar beringgit-ringgit. Ini semua pasal GST dan kerajaan yang kelam kelibut.

Monday, May 11, 2015

Quotes


#wisewords

Resepi Roti Grilled Cheese Step-By-Step


Ini baru namanya minum petang yang Perfect
Jom belajar buat especially untuk golongan yang suka sangat makan cheese

Roti Grilled Cheese


Bahan-Bahan
  • 2 keping Roti Sandwich (tak kisah jenama apa pun) 
  • 2 keping Keju
  • 2 sudu besar mentega atau Butter 
  • Sedikit Garam

Cara-Cara Memb
uatnya

Step 1 : Cairkan Mentega
Cairkan 1/3 mentega anda dalam non-stick pan atau kuali biasa pun boleh. Terpulang. Di sini saya nak ingatkan kita cuma cairkan butter itu sahaja bukan sehingga ia keperangan.



Step 2 : Bakar Roti
Tekapkan kedua roti tadi ke dalam Non-Stick Pan anda dan gerakkan ia keseluruhan pan supaya kedua bahagian Roti masak dengan sekata (moving it around the pan with your fingers so it cooks evenly. Jangan malas!) dan masak Roti itu sehingga ia sedikit coklat keperang-perangan (rujuk gambar di bawah).



Step 3 : Letakkan Cheese
Tambahkan keju anda di atas roti, di bahagian yang telah dibakar tadi.


Step 4 : Cantumkan Kedua-kedua Bahagian Roti
Ini adalah cara yang betul untuk masak Roti bersama Keju ye.


Step 5 : Api Sederhana Perlahan
Sekarang anda boleh gunakan 1/3 Butter yang ada dan cairkan ia pada pan dan sila gunakan api yang sederhana perlahan (abaikan dapur yang berhabuk comel itu)


Step 6 : Masak dengan Perlahan
Untuk bahagian ini Roti harus dimasak secara perlahan pada kedua-dua bahagian untuk pastikan Roti tidak hangit dan warna Roti cantik pada setiap bahagian. Jadi jangan lupa gerakkan ia pada keseluruhan pan 


Step 7 : Ketepikan Roti
Apabila warna roti sudah nicely golden brown ketepikan Roti yang dimasak tadi. Sekarang anda boleh gunakan baki Butter yang ada dan cairkan ia pada pan. Gunakan api yang sederhana perlahan


Step 8 : Perasakan
Letak semula Roti tadi ke dalam pan dan perasakan setiap bahagian Roti tadi dengan garam atau perasa lain tapi skip step ni kalau anda menggunakan salt butter.


Step 9 : Siap Dihidangkan
Hias dan boleh dihidangkan. Kalau nak boleh juga letakkan Chicken Ham



Asam Pedas Ikan Tenggiri

Hari ni masakkan Asam Pedas kesukaan suami. Sekali dapat gulai ni 1/2 periuk nasi bagi kat En.Suami. #Alhamdulillah ada jugak yang suka masakan biasa-biasa saya ni.



Ingat nak tangkap gambar step-by-step cara memasaknya tapi dah kerja separuh jalan baru perasan gambar takde tangkap satu apa pun. Cuma dapat snap gambar masa Asam Pedas dah jadi. So layan gambar yang ada ni jela ye...

Asam Pedas Ikan Tenggiri Special



Bahan-Bahan 
  • Bawang Merah [7-8 ulas]*
  • Bawang Putih [4 Ulas]*
  • Halia [Sebesar Ibu Jari/1 inci]*
  • Kunyit Hidup [1 inci]*
  • Lada Hitam [1 Sudu Kecil]*
  • Cili Boh [7-8 Sudu Besar]* - Ikut Kepedasan yang anda mahu
  • Kacang Bendi - Potong kepalanya apabila anda nak masukkan sahaja
  • Ikan Tenggiri 1/2 Ekor
  • Air Asam Jawa (Kalau saya guna dua cawan air)
  • Daun Kesum
  • Daun Limau [sekeping]
Bahan yang bertanda * harus dikisar terlebih dahulu. Kalau nak lebih umpphh kena tumbuk dengan lesung batu. Memandangkan aye punya masa tidak berapa banyak sebab banyak kerja lain aye gunakan mesin pengisar je.

Cara Memasak
  • Masukkan minyak ke dalam periuk secukupnya mengikut paste yang anda dikisar tadi.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah di blend sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan serai untuk menaikkan lagi bau serta aroma pada Asam Pedas anda tadi
  • Setelah sedikit kering, masukkan sedikit air agar paste anda tadi tidak hangit. Kemudian baru masukkan Air Asam tadi. Terpulang pada anda untuk nak pekat atau tidak. Kalau saya sedang-sedang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 
  • Selepas itu boleh masukkan Daun Limau Purut dan Daun Kesum, carik-carikkan jika anda mahu bau Asam Pedas anda lebih wangi.
  • Setelah dikacau sebenatar, masukkan pula kacang Bendi. Tunggu sehingga menggelegak sambil itu anda boleh perasakan Asam Pedas anda dengan garam dan perasa lain.
  • Apabila kuah Asam Pedas anda mula menggelegak, masukkan pula ikan. Tujuan ikan ini dimasukkan lambat sebab kita taknak ikan tu hancur jika terlalu lama dimasak.
  • Kemudian kecilkan sedikit api, supaya ikan dapat masak keseluruhannya tanpa menjejaskan kulitnya dan supaya Bendi menjadi lembut. 
  • Kacau-kacau sedikit dan setelah menggelegak sekali lagi boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.

close up sikit gambar Asam Pedas nya. Saja nak tunjuk kat kome betapa sexy nya ikan yang menjadi penambat hati si dia. Percayalah~



Ha... Ni En.Suami makan. Dia makan 1/2 periuk sorang hokayy akak tak tipu dik. Dia cakap kalau Asam Pedas dengan Bendi kena plak dengan Ikan Tenggiri ni. Menitis mata akak tengok En.Suami makan dengan penuh kesedapan. #Alhamdulillah


Yes Mission Complete! En.Suami puas hati. Nampak muka dia senyum terpaksa tu..? (Hahahahaha) En.Suami kata beriberi good. Delicious Asamlicious.. Ngeh ngeh (Okay saje tambah yang tu)



Okay Bye~
 

Saya Isteri Fatra Template by Ipietoon Cute Blog Design