Monday, May 11, 2015

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Hari ni masakkan Asam Pedas kesukaan suami. Sekali dapat gulai ni 1/2 periuk nasi bagi kat En.Suami. #Alhamdulillah ada jugak yang suka masakan biasa-biasa saya ni.



Ingat nak tangkap gambar step-by-step cara memasaknya tapi dah kerja separuh jalan baru perasan gambar takde tangkap satu apa pun. Cuma dapat snap gambar masa Asam Pedas dah jadi. So layan gambar yang ada ni jela ye...

Asam Pedas Ikan Tenggiri Special



Bahan-Bahan 
  • Bawang Merah [7-8 ulas]*
  • Bawang Putih [4 Ulas]*
  • Halia [Sebesar Ibu Jari/1 inci]*
  • Kunyit Hidup [1 inci]*
  • Lada Hitam [1 Sudu Kecil]*
  • Cili Boh [7-8 Sudu Besar]* - Ikut Kepedasan yang anda mahu
  • Kacang Bendi - Potong kepalanya apabila anda nak masukkan sahaja
  • Ikan Tenggiri 1/2 Ekor
  • Air Asam Jawa (Kalau saya guna dua cawan air)
  • Daun Kesum
  • Daun Limau [sekeping]
Bahan yang bertanda * harus dikisar terlebih dahulu. Kalau nak lebih umpphh kena tumbuk dengan lesung batu. Memandangkan aye punya masa tidak berapa banyak sebab banyak kerja lain aye gunakan mesin pengisar je.

Cara Memasak
  • Masukkan minyak ke dalam periuk secukupnya mengikut paste yang anda dikisar tadi.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah di blend sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan serai untuk menaikkan lagi bau serta aroma pada Asam Pedas anda tadi
  • Setelah sedikit kering, masukkan sedikit air agar paste anda tadi tidak hangit. Kemudian baru masukkan Air Asam tadi. Terpulang pada anda untuk nak pekat atau tidak. Kalau saya sedang-sedang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 
  • Selepas itu boleh masukkan Daun Limau Purut dan Daun Kesum, carik-carikkan jika anda mahu bau Asam Pedas anda lebih wangi.
  • Setelah dikacau sebenatar, masukkan pula kacang Bendi. Tunggu sehingga menggelegak sambil itu anda boleh perasakan Asam Pedas anda dengan garam dan perasa lain.
  • Apabila kuah Asam Pedas anda mula menggelegak, masukkan pula ikan. Tujuan ikan ini dimasukkan lambat sebab kita taknak ikan tu hancur jika terlalu lama dimasak.
  • Kemudian kecilkan sedikit api, supaya ikan dapat masak keseluruhannya tanpa menjejaskan kulitnya dan supaya Bendi menjadi lembut. 
  • Kacau-kacau sedikit dan setelah menggelegak sekali lagi boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.

close up sikit gambar Asam Pedas nya. Saja nak tunjuk kat kome betapa sexy nya ikan yang menjadi penambat hati si dia. Percayalah~



Ha... Ni En.Suami makan. Dia makan 1/2 periuk sorang hokayy akak tak tipu dik. Dia cakap kalau Asam Pedas dengan Bendi kena plak dengan Ikan Tenggiri ni. Menitis mata akak tengok En.Suami makan dengan penuh kesedapan. #Alhamdulillah


Yes Mission Complete! En.Suami puas hati. Nampak muka dia senyum terpaksa tu..? (Hahahahaha) En.Suami kata beriberi good. Delicious Asamlicious.. Ngeh ngeh (Okay saje tambah yang tu)



Okay Bye~

0 orang comel:

Post a Comment

 

Saya Isteri Fatra Template by Ipietoon Cute Blog Design