Sedap.. Tak terkata..
Serius kalau korang pergi ke Kuala Pilah tak payah cari tempat lain. Buang masa je, sebab semua boleh dimasukkan dalam kategori rasa yang so-so aje dan kebanyakan lebih pada Kuey Teow letak air semate. Damn. (Saya dengan En.Suami memang pantang betul kalau orang meniaga ni kalau tak pandai masak tapi cakap pandai masak, bila dapat hasil macam hampehness)
Nak tahu kat mana. Kena-lah tanya secara personal hokeyy. Hint kedai ni dia takde kedai atau restoran, abang ni memang bukak khemah semata-mata. Lebih kepada perniagaan family.
Nak dijadikan cerita tiga hari weh aku dengan suami kempunan nak makan Char Kuey Teow ni. Sebab sekarang kan musim hujan petang-petang apa lagi perut pun bergetar-getar la nak kan makanan panas-panas. Saya nak masak tapi bahan asyik takde je kat dapur kan, jadi malas mintak beli jela. Hihihi.
Dari hari ke hari mencari tuan punya kedai ni. Pergi je mesti tak meniaga. Huh kasihan betul kami ni. Dan disebabkan kedua-duanya dah kemaruk nak sangat makan CKT ni, jadi kami ingat cuba le cari kat tempat lain. Kot-kot sedap yarabbbi macam CKT yang kami suka ni kan.
Dan akhirnya hampa satu juta kali hampa. Hampehness, memang tak sedap. Memang dua hari kami pergi ke dua kedai yang ada CKT ni memang LANGSUNG tak kena dengan tekak kami. Sampai saya dan suami dah sebulat suara mengatakan kalau nak cari CKT, tempat abang tu jugak yang sedap.
Semalam, Isnin 18hb Suami balik tengahari nak makan kan. Buka je pintu dengan muka riangnya,
"Sayang tahu tak apa b nampak tadi?"
"Apa b?"
"Orang CKT tu meniaga hari ni. Insya Allah ada rezeki petang ni dapat la sayang makan CKT yang sayang suka sangat tu"
Fuhh dengar je suami kate gitu terus air liur tertelan dan terbayang-bayang kerang dengan udang CKT orang tu. Fuhh campur dengan cili jeruk lagi. Weh! Ini memang serius sedap ni sampai boleh terbayang rasanya lagi. Hahahaha.
Dan akhirnya saat-saat yang ditunggu setelah 3 hari 2 malam mencari CKT dengan rasa penuh kesyukuran akhirnya suami dapat jugak belikan Char Kuey Teow Terbaik ni walaupun dalam cuaca yang hujan renyai-renyai gitu..
Tengok gambar pun dah buat air liur menitik-nitik. Haihhhh
Oh ya... Disebabkan masa ni terlampau lapar, perut dah bergendang habis tangkap gambar satu ni je. Sampai saya lupa satu lagi nak snap gambar paling penting yang buatkan Char Kuey Teow ni memang mabeles habis is Cili Jeruk mereka. Seriously sedap. Siapa yang tak suka makan Cili Jeruk macam saya pun boleh makan. Sedap!!!


kt mne kdainye ni?
ReplyDelete